Klik Saya :-)

Showing posts with label ERT. Show all posts
Showing posts with label ERT. Show all posts

Monday, 23 January 2017

GAMBAR SISTEM PENCERNAAN & STRUKTUR VILUS

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Gambar Sistem Pencernaan Manusia dan Struktur Vilus. Semoga bermanfaat untuk semua...





Sunday, 20 March 2016

My ERT Girls : Result

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Semoga menjadi ingatan yang indah dalam hidupmu anak-anak yang disayangi dan selalui diingati kerana anda semua sangat istimewa. Aku pernah bercerita mengenai anak-anak ERT ku yang sangat istimewa sebelum ini. Aku juga ada berjanji untuk kongsikan markah mereka semasa SPM dan keputusannya seperti berikut....

A-   seorang
B    seorang
C+  seorang
C    seorang
D    4 orang
E    3 orang
G    2 orang

     Alhamdulillah melepasi GPMP dengan nilai 6.69, 0.91 lebih baik dari yang ditargetkan iaitu 6.73 cuma peratusnya tidak seperti yang diharapkan. Yang ditargetkan ialah 100% tapi kerana ada 2 orang gagal hanya 84.6% sahaja yang lulus.

    Aku bangga dengan mereka. Untuk makluman semua, ada seorang pelajar hanya dapat 1 A- daripada semua subjek yang diambil dalam SPM dan subjek itu adalah matapelajaran yang aku ajar. Dia memang layak untuk itu kerana dia memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya walaupun sekolah jangka dia hanya boleh dapat D.

    Apa-apa pun... alhamdulillah.. Aku perlu berusaha lebih keras lagi selepas ini. Insya Allah.... 

Monday, 15 February 2016

Nota Ringkas dan Padat: Vitamin, Garam Mineral, Air dan Faktor Diet

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Nota ringkas mengenai sub topik vitamin, garam mineral, air, makanan dan faktor diet.

    Anak panah menunjukkan sub topik itu berkaitan di antara satu sama lain. Jadi pelajar perlu bijak untuk mengingati maklumat-maklumat tersebut.

    Huruf-huruf yang dihighlightkan atau diwarnakan atau dibesarkan adalah kata kunci atau cara untuk mengingat fakta tersebut. 

Contohnya JUSAK,
J-jantina     U-umur     S-saiz tubuh     A-aktiviti     K-kumpulan tertentu


p/s:
Jika terdapat kesilapan atau maklumat kurang sila maklumkan diruang komen. Sebarang komen penambah baikan amat dihargai.
Sila share untuk kegunaan bersama.

Nota Ringkas dan Padat: Karbohidrat, Protein & Lemak

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Nota ringkas dan padat bagi karbohidrat, protein dan lemak. Mengandungi ringkasan mengenai jenis-jenis, fungsi utama, unsur dan hasil pencernaan bagi 3 nutrien di atas.
p/s:
Jika terdapat kesilapan atau maklumat kurang sila maklumkan diruang komen. Sebarang komen penambah baikan amat dihargai.
Sila share untuk kegunaan bersama.

My ERT Girls - 1st Batch


بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ini adalah penulisan tidak ilmiah. Sekadar untuk berkongsi rasa dan pengalaman yang terbuku setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Kering idea untuk mengemaskini blog kerana terlalu lama ditinggalkan. Semoga post ini membawa kepada penulisan yang lebih bermanfaat kepada semua rakan-rakan yang memerlukan.

     Mereka adalah anak-anak pertama yang belajar ERT bersama aku. Sebenarnya aku juga sama-sama belajar bersama mereka kerana aku bukanlah opsyen ERT. Atas arahan pihak atasan aku mengajar subjek ini.

     Mereka ini sangat istimewa dimata dan dihati. Ibarat menyayangi anak sulung yang istimewa dan pertama...Tinggal 13 orang semuanya ketika meneruskan perjuangan akhir di bangku sekolah. Asalnya kalau tidak silap aku lebih kurang 19 orang. Seorang berhenti semasa tingkatan 4. 4 orang putuskan untuk tidak mengambil ERT dan seorang lagi berhenti ketika di tingkatan 5.

     Kenapa mereka istimewa?

     Untuk pengetahuan semua di sekolah aku, pelajar yang mengambil mata pelajaran ERT adalah pelajar yang bermasalah dan kelas paling belakang. MALAS belajar, MALAS datang sekolah, PONTENG, TIDUR dalam kelas, MASALAH DISIPLIN, MASALAH KELUARGA dan segala jenis masalah dibawa mereka TAPI TAK SEMUA.

Namun

     Alhamdulillah... masih ada penyejuk hati dalam kalangan mereka.

     Mengajar mereka adalah pengalaman yang amat berharga.. Mengajar dengan penuh kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan pelbagai perasaan dilalui untuk memastikan mereka minat dan mahu belajar. Diakhirnya aku rasa puas mengajar mereka kerana aku telah sehabis daya dan memberikan yang terbaik.

    Nampak perubahan... dan itu amat aku syukuri... Sebelum peperiksaan nampak diwajah mereka untuk mencuba sedaya upaya... Semoga keputusan SPM yang akan keluar tidak lama lagi memberi keputusan yang baik.

Membaca surah Yassin sebelum masuk ke dewan peperiksaan.. 
     Aku yakin dalam kalangan mereka pasti ada yang menyinar dan aku yakin keputusan matapelajaran ERT tahun 2015 akan meningkat dengan izin-NYA. Amin....

Sunday, 17 August 2014

Senarai Semak Bahan Fail Kerja Kursus ERT

 بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Sudah berbulan-bulan blog ini tidak dikemas kini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Syukur dengan izin-Nya hari ini, blog ini dapat juga dikemas kini.

     Sudah pasti ramai guru telah mula menjalankan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Pelbagai aspek dan konstruk perlu dinilai dan dijalankan oleh pelajar dengan pemantauan serta tunjuk ajar guru. Bagi mengelakkan berlakunya keciciran bahan yang sepatutnya ada di dalam fail kerja kursus ERT, saya telah membuat senarai semak bagi memudahkan guru dan juga pelajar.

     Senarai semak bahan fail kerja kursus adalah seperti berikut:

SENARAI SEMAK BAHAN KERJA KURSUS
EKONOMI RUMAH TANGGA
PERKARA
ADA
TIADA
1.     Plan Tindakan Perlaksanaan Kerja Kursus


2.     Rekod Penyerahan


3.     Konstruk & Aspek yang Ditaksir


4.     KONSTRUK
1.     KEMAHIRAN AMALI
1.1.   Mengambil Ukuran Badan
-          Laporan Aktiviti
-          Borang Mengambil Ukuran Badan
1.2.   Menghasilkan Pola
-          Laporan Aktiviti
-          Pola Skrit & Blaus
1.3.   Menggunting Fabrik
-          Laporan Aktiviti
1.4.   Menjahit Kelim/Kelepet/Kancing
-          Laporan Aktiviti   =   menjahit kelim
  =   menjahit kelepet
  =   menjahit kancing
1.5.   Menjahit Garis Leher/Lengan
-          Laporan Aktiviti   =   menjahit garis leher
  =   menjahit lengan padanan rata
1.6.   Menjahit Penghilang Gelembung/Belah
-                                                                Laporan Aktiviti   =   menjahit lisu pemadan (penghilang gelembung)
  =   menjahit belah zip
2.     KEMAHIRAN KOMUNIKASI
2.1.   Menyediarekod kerja jahitan
-          Laporan aktiviti
-          Contoh fabrik yang digunakan
-          Stail ciri pakaian
-          Pandangan hadapan dan belakang pakaian
-          Cara menyusun pola di atas fabrik (2 gambar)
-          Langkah menjahit
-          Proses menjahit
-          Kelim belah kangkung
-          Belah slit berlapik
-          Proses menyedia kelepet melengkung
-          Lengan padanan rata
-          Lisu pemadan cengkung
-          Belah berzip
-          Proses mengemas zip
-          Menyedia kelepet lurus
-          Menjahit cangkuk dan palang
2.2.   Menyampai maklumat secara lisan
-          Laporan aktiviti
3.     KEMAHIRAN MENGORGANISASI
3.1.   Merancang Kerja Amali Masakan
-          Laporan aktiviti (minum teh & kaedah memasak)
-          Borang perancangan menu
-          Borang bahan basah, bahan kering
-          Pengiraan kos
-          Borang susunan kerja
3.2.   Melaksana Kerja Amali Masakan
-          Laporan aktiviti
3.3.   Menghidang
-          Laporan aktiviti
4.     KEMAHIRAN KUANTITATIF
4.1.   Mengira Kos (Projek Jahitan)
-          Laporan Aktiviti
-          Pengiraan kos bahan, upah, sampingan dan kos projek
4.2.   Mengira Nilai Tenaga
-          Laporan Aktiviti
-          Pengiraan nilai tenaga
5.     KEMAHIRAN MENGGUNA TEKNOLOGI
5.1.   Mengguna Alat Penjimat Masa
-          Laporan Aktiviti
5.2.   Menjaga Alat Penjimat Masa
-          Laporan Aktiviti
-          Penjagaan Alat Penjimat Masa





     Semoga bahan ini dapat membantu guru dan juga pelajar dalam menyediakan fail kerja kursus yang lengkap dan teratur dari segi susunan dan pelaksanaannya.

Sunday, 30 March 2014

Pengenalan Mata Pelajaran EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Mari kita berkenalan dengan mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga atau singkatannya ERT. Bak kata orang, 'tak kenal maka tak cinta'.

     Mata pelajaran ERT ini merupakan mata pelajaran elektif (mata pelajaran pilihan) bagi pelajar Sekolah Menengah Atas iaitu tingkatan 4 dan 5. Ia diwujudkan sebagai kesinambungan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan (Tahun 4, 5 dan 6) dan Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3).

     Objektif mata pelajaran ini diwujudkan adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar menjadi individu yang berdikari, berketrampilan, mempunyai akhlak mulia, bertanggungjawab, peka kepada perkembangan teknologi dan ekonomi semasa. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyekuruh dan bersepadu untuk melahirakan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Aspek Penilaian M/P ERT
     Subjek ERT bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilai melalui peperiksaan akhir yang terdapat 2 kertas dan penilai kerja amali iaitu kerja kursus.

Kertas 1
* mengandungi 40 soalan objektif aneka pilihan
* mewakili 40% (40 markah) dari markah keseluruhan
* aspek penilaian ialah pengetahuan dan kefahaman
* masa menjawab 1 jam

Kertas 2
* mengandungi 6 soalan subjektif yang dibahagi kepada 3 bahagian
* mewakili 60% (60 markah) dari markah keseluruhan
* masa menjawab 2 jam

* Bahagian A (30 markah)
   = mengandungi 2 soalan yang wajib dijawab
   = soalan melibatkan kemahiran intelektual iaitu:
      a. aplikasi pengetahuan sedia ada
      b. penyelesaian masalah

* Bahagian B (15 markah)
   = mengandungi 2 soalan, jawab 1 soalan sahaja
   = soalan melibatkan kemahiran kuantitatif (pengiraan)

* Bahagian C (15 markah)
   = mengandungi 2 soalan, jawab 1 soalan sahaja
   = soalan memerlukan pelajar menghurai dan menerangkan proses

Kertas 3
* merupakan kerja kursus yang perlu dilaksanakan semasa tingkatan 4 dan 5
* aspek penilaian mengikut MPKK (Manual Pentaksir Kerja Kursus)