Klik Saya :-)

Showing posts with label 3 Berlian. Show all posts
Showing posts with label 3 Berlian. Show all posts

Sunday, 17 August 2014

AMALI MASAKAN: Hidangan sepinggan lengkap (3 Berlian)

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Sekali sekala pelajar perlu diberi kelonggaran untuk menjalankan aktiviti yang dapat meredakan tekanan (release tension). Jadi pada sesi PDP yang lalu guru memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti amali dengan pengawasan guru tetapi dikelolakan oleh pelajar sendiri.

     Guru hanya menjadi pemerhati dan memberi pandangan terhadap hasil kerja mereka.

Berikut adalah gambar sekitar aktiviti amali masakan untuk hidangan sepinggan lengkap. 








Menu masakan ialah Mee Hoon Tomyam.
Hasil masakan dimakan bersama semasa Majlis Sambutan Hari Raya pada 13 Ogos 2014 yang lalu.
Semua pelajar tingkatan 3 dikumpulkan mengikut kelas masing-masing di Dewan Terbuka.

Gambar sekitar Majlis Sambutan Hari Raya 2014 SMK Sri Tanjung, Benut Pontian.







Guru-guru lain turut merasa hasil masakan pelajar.

 Sekian...

Saturday, 5 April 2014

Hasil Kerja Mereka (3 Berlian)

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Kelas 3 Berlian merupakan kelas ke 3 di sekolah saya bertugas. Pelajarnya merupakan pelajar yang sederhana tetapi boleh menjadi pelajar cemerlang jika mereka berusaha dengan tekun dan gigih. Mereka boleh menghasilkan idea reka cipta yang menarik kerana ini dapat dilihat dari hasil kerja amali reka cipta yang telah mereka siapkan.

     Pelajar perempuan kelas 3 Berlian merupakan pelajar Kemahiran Hidup Pilihan 2 iaitu Ekonomi Rumah Tangga.

     Berikut merupakan sebahagian hasil kerja yang telah dibina:
NURHALIEZA 
FARAH FARISHA
NUR AISHAH UMAR

NUR FATIN NAZIHAH

NUR AISHAH BT AJALI
SITI NABIHA BT ABDULLAH

ADILA BT ABD LATIF

SITI RAHIDA 
SITI SHAFIKAH

POH CHOON KIAT

SITI NUR EDA FARAHIN

HAIDA KAMELIA

Aktiviti Anak-Anak Kesayangan 3 Berlian 2

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      3 April 2014, Khamis yang lalu merupakan hari atau sesi terakhir bagi pelajar 3 Berlian untuk menyiapkan projek amali Reka Cipta mereka.. Hampir keseluruhan pelajar (17) daripada 19 orang pelajar KH pilihan ERT berjaya menyiapakan projek amali masing-masing.

     Yang masih belum siap kerana sebab pengubahsuaian disaat akhir dan pelajar mempunyai masalah kesihatan dan tidak dapat hadir ke sekolah.

Berikur merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti amali reka cipta berjalan pada minggu lepas.


















Sekian....

Sunday, 30 March 2014

Aktiviti Anak-anak Kesayangan 3 Berlian

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Tajuk Reka Cipta merupakan bab pertama bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan 3. Dalam bab ini semua pelajar diwajibkan mereka bentuk/mereka cipta projek berdasarkan masalah yang dihadapi. Pelajar perlu menghasilkan sebuah projek kerja kayu mengikut reka bentuk sendiri selaras dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Hasil yang baik dan kemas akan diberikan band tertinggi iaitu band 6 mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP).

     Berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti amali yang dijalankan bagi melaksanakan kerja kursus pelajar.


Aktiviti Amali REKA CIPTA
Kelas                    :    3 Berlian
Jumlah Pelajar    :    18 orang
Masa                     :     3 waktu (2 jam)

Perjumpaan kali ke-2
Refleksi:
     Seorang pelajar berjaya menyiapkan projek kerja kayu. Pelajar lain (17 orang) masih memerlukan masa yang lebih lagi untuk menyiapkan projek masing-masing. Seorang pelajar tidak hadir kerana masalah kesihatan.


Proses mencantum dan menyambung - kaedah memaku tegak oleh Nabiha.
Pelajar (Poh Choon Kiat) memotong perspek menggunakan pisau pemotong perspek.

Sorang anak perempuan Cikgu Asilah sesat tengah menyelek kayu... yang lain semua lelaki... Anak perempuan yang mana satu la tu.
Menggunakan mesin pelelas (Sander).
Depan, Syafikah. Belakang Fatin.
Kerjasama merupakan nilai murni yang boleh dipupuk semasa menjalankan aktiviti amali ini.
Serius membuat kerja. Dari kanan, Fatin dan Amira.
Amira Fa'sha tekun membuat cantuman bahan.
Nabiha membantu Farhana memaku bahan.
Moto "Safety First" sentiasa menjadi keutamaan ketika berada di bengkel. 
Izzaturrahmah dan Maisura memotong perspek.
Tak kuat pulak nak tekan sesiku L sendiri kena minta tolong dengan kawan.... Kesian....

Haida Kamelia mmbuat kemasan menggunakan syelek.
Nurhalieza membuat cantuman dan sambungan menggunakan glu sentuh.