Klik Saya :-)

Monday 15 February 2016

My ERT Girls - 1st Batch


بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ini adalah penulisan tidak ilmiah. Sekadar untuk berkongsi rasa dan pengalaman yang terbuku setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Kering idea untuk mengemaskini blog kerana terlalu lama ditinggalkan. Semoga post ini membawa kepada penulisan yang lebih bermanfaat kepada semua rakan-rakan yang memerlukan.

     Mereka adalah anak-anak pertama yang belajar ERT bersama aku. Sebenarnya aku juga sama-sama belajar bersama mereka kerana aku bukanlah opsyen ERT. Atas arahan pihak atasan aku mengajar subjek ini.

     Mereka ini sangat istimewa dimata dan dihati. Ibarat menyayangi anak sulung yang istimewa dan pertama...Tinggal 13 orang semuanya ketika meneruskan perjuangan akhir di bangku sekolah. Asalnya kalau tidak silap aku lebih kurang 19 orang. Seorang berhenti semasa tingkatan 4. 4 orang putuskan untuk tidak mengambil ERT dan seorang lagi berhenti ketika di tingkatan 5.

     Kenapa mereka istimewa?

     Untuk pengetahuan semua di sekolah aku, pelajar yang mengambil mata pelajaran ERT adalah pelajar yang bermasalah dan kelas paling belakang. MALAS belajar, MALAS datang sekolah, PONTENG, TIDUR dalam kelas, MASALAH DISIPLIN, MASALAH KELUARGA dan segala jenis masalah dibawa mereka TAPI TAK SEMUA.

Namun

     Alhamdulillah... masih ada penyejuk hati dalam kalangan mereka.

     Mengajar mereka adalah pengalaman yang amat berharga.. Mengajar dengan penuh kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan pelbagai perasaan dilalui untuk memastikan mereka minat dan mahu belajar. Diakhirnya aku rasa puas mengajar mereka kerana aku telah sehabis daya dan memberikan yang terbaik.

    Nampak perubahan... dan itu amat aku syukuri... Sebelum peperiksaan nampak diwajah mereka untuk mencuba sedaya upaya... Semoga keputusan SPM yang akan keluar tidak lama lagi memberi keputusan yang baik.

Membaca surah Yassin sebelum masuk ke dewan peperiksaan.. 
     Aku yakin dalam kalangan mereka pasti ada yang menyinar dan aku yakin keputusan matapelajaran ERT tahun 2015 akan meningkat dengan izin-NYA. Amin....

1 comment:

  1. tahniah kerana yakin dengan mereka cikgu. redha dan keikhlasan cikgu akan membawa kejayaan rapat kepada mereka 1 hari nanti. insyaAllah..

    ReplyDelete