Klik Saya :-)

Sunday 30 March 2014

Pengenalan Mata Pelajaran EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Mari kita berkenalan dengan mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga atau singkatannya ERT. Bak kata orang, 'tak kenal maka tak cinta'.

     Mata pelajaran ERT ini merupakan mata pelajaran elektif (mata pelajaran pilihan) bagi pelajar Sekolah Menengah Atas iaitu tingkatan 4 dan 5. Ia diwujudkan sebagai kesinambungan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan (Tahun 4, 5 dan 6) dan Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3).

     Objektif mata pelajaran ini diwujudkan adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar menjadi individu yang berdikari, berketrampilan, mempunyai akhlak mulia, bertanggungjawab, peka kepada perkembangan teknologi dan ekonomi semasa. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyekuruh dan bersepadu untuk melahirakan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Aspek Penilaian M/P ERT
     Subjek ERT bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilai melalui peperiksaan akhir yang terdapat 2 kertas dan penilai kerja amali iaitu kerja kursus.

Kertas 1
* mengandungi 40 soalan objektif aneka pilihan
* mewakili 40% (40 markah) dari markah keseluruhan
* aspek penilaian ialah pengetahuan dan kefahaman
* masa menjawab 1 jam

Kertas 2
* mengandungi 6 soalan subjektif yang dibahagi kepada 3 bahagian
* mewakili 60% (60 markah) dari markah keseluruhan
* masa menjawab 2 jam

* Bahagian A (30 markah)
   = mengandungi 2 soalan yang wajib dijawab
   = soalan melibatkan kemahiran intelektual iaitu:
      a. aplikasi pengetahuan sedia ada
      b. penyelesaian masalah

* Bahagian B (15 markah)
   = mengandungi 2 soalan, jawab 1 soalan sahaja
   = soalan melibatkan kemahiran kuantitatif (pengiraan)

* Bahagian C (15 markah)
   = mengandungi 2 soalan, jawab 1 soalan sahaja
   = soalan memerlukan pelajar menghurai dan menerangkan proses

Kertas 3
* merupakan kerja kursus yang perlu dilaksanakan semasa tingkatan 4 dan 5
* aspek penilaian mengikut MPKK (Manual Pentaksir Kerja Kursus)

No comments:

Post a Comment