Klik Saya :-)

Sunday, 30 March 2014

Aktiviti Anak-anak Kesayangan 3 Berlian

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Tajuk Reka Cipta merupakan bab pertama bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan 3. Dalam bab ini semua pelajar diwajibkan mereka bentuk/mereka cipta projek berdasarkan masalah yang dihadapi. Pelajar perlu menghasilkan sebuah projek kerja kayu mengikut reka bentuk sendiri selaras dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Hasil yang baik dan kemas akan diberikan band tertinggi iaitu band 6 mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP).

     Berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti amali yang dijalankan bagi melaksanakan kerja kursus pelajar.


Aktiviti Amali REKA CIPTA
Kelas                    :    3 Berlian
Jumlah Pelajar    :    18 orang
Masa                     :     3 waktu (2 jam)

Perjumpaan kali ke-2
Refleksi:
     Seorang pelajar berjaya menyiapkan projek kerja kayu. Pelajar lain (17 orang) masih memerlukan masa yang lebih lagi untuk menyiapkan projek masing-masing. Seorang pelajar tidak hadir kerana masalah kesihatan.


Proses mencantum dan menyambung - kaedah memaku tegak oleh Nabiha.
Pelajar (Poh Choon Kiat) memotong perspek menggunakan pisau pemotong perspek.

Sorang anak perempuan Cikgu Asilah sesat tengah menyelek kayu... yang lain semua lelaki... Anak perempuan yang mana satu la tu.
Menggunakan mesin pelelas (Sander).
Depan, Syafikah. Belakang Fatin.
Kerjasama merupakan nilai murni yang boleh dipupuk semasa menjalankan aktiviti amali ini.
Serius membuat kerja. Dari kanan, Fatin dan Amira.
Amira Fa'sha tekun membuat cantuman bahan.
Nabiha membantu Farhana memaku bahan.
Moto "Safety First" sentiasa menjadi keutamaan ketika berada di bengkel. 
Izzaturrahmah dan Maisura memotong perspek.
Tak kuat pulak nak tekan sesiku L sendiri kena minta tolong dengan kawan.... Kesian....

Haida Kamelia mmbuat kemasan menggunakan syelek.
Nurhalieza membuat cantuman dan sambungan menggunakan glu sentuh.

Pengenalan Mata Pelajaran EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Mari kita berkenalan dengan mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga atau singkatannya ERT. Bak kata orang, 'tak kenal maka tak cinta'.

     Mata pelajaran ERT ini merupakan mata pelajaran elektif (mata pelajaran pilihan) bagi pelajar Sekolah Menengah Atas iaitu tingkatan 4 dan 5. Ia diwujudkan sebagai kesinambungan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan (Tahun 4, 5 dan 6) dan Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3).

     Objektif mata pelajaran ini diwujudkan adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan pelajar menjadi individu yang berdikari, berketrampilan, mempunyai akhlak mulia, bertanggungjawab, peka kepada perkembangan teknologi dan ekonomi semasa. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyekuruh dan bersepadu untuk melahirakan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Aspek Penilaian M/P ERT
     Subjek ERT bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinilai melalui peperiksaan akhir yang terdapat 2 kertas dan penilai kerja amali iaitu kerja kursus.

Kertas 1
* mengandungi 40 soalan objektif aneka pilihan
* mewakili 40% (40 markah) dari markah keseluruhan
* aspek penilaian ialah pengetahuan dan kefahaman
* masa menjawab 1 jam

Kertas 2
* mengandungi 6 soalan subjektif yang dibahagi kepada 3 bahagian
* mewakili 60% (60 markah) dari markah keseluruhan
* masa menjawab 2 jam

* Bahagian A (30 markah)
   = mengandungi 2 soalan yang wajib dijawab
   = soalan melibatkan kemahiran intelektual iaitu:
      a. aplikasi pengetahuan sedia ada
      b. penyelesaian masalah

* Bahagian B (15 markah)
   = mengandungi 2 soalan, jawab 1 soalan sahaja
   = soalan melibatkan kemahiran kuantitatif (pengiraan)

* Bahagian C (15 markah)
   = mengandungi 2 soalan, jawab 1 soalan sahaja
   = soalan memerlukan pelajar menghurai dan menerangkan proses

Kertas 3
* merupakan kerja kursus yang perlu dilaksanakan semasa tingkatan 4 dan 5
* aspek penilaian mengikut MPKK (Manual Pentaksir Kerja Kursus)

Sunday, 16 March 2014

Pembuka Bicara...

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Blog ini diwujudkan oleh seorang yang masih baru dalam dunia pendidikan terutamanya bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Tujuan blog ini dibina adalah untuk membantu rakan-rakan lain yang sealiran serta anak-anak didik mendapatkan bahan dan sumber rujukkan serta koleksi soalan untuk meningkatkan prestasi masing-masing. Semoga blog ini dapat membantu semua pihak yang terbabit dalam bidang pendidikan Ekonomi Rumah Tangga.

     Blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru dan para pelajar. Bagi memastikan para pembaca tidak keliru ingin saya nyatakan bahawa blog ini tidak dibina khusus untuk mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga menengah atas (tingkatan 4 dan 5) sahaja. Blog ini turut memaparkan bahan, sumber rujukan dan aktiviti yang dijalankan oleh guru dan pelajar Kemahiran Hidup Pilihan 2 iaitu Ekonomi Rumah Tangga (tingkatan 1, 2 dan 3).

       Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua yang memerlukannya. Cadangan dan kritikan amat dialu-alukan bagi menambah baik pengisian blog ini.


e-mail saya jika perlukan bantuan @ ingin memberikan cadangan dan kritikan ke seceriasimatahari@gmail.com



Salam perkenalan dari;
Umi Husna