بسمﷲ الرحمن الرحيم
Klik Saya :-)
Sunday, 12 February 2017
Saturday, 11 February 2017
Latih Tubi / Latihan Pengukuhan RBT Tingkatan 1 - 1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi
بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Seperti yang telah dijanjikan, perkongsian latih tubi Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 subtopik 1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi.
Rakan-rakan boleh kumpulkan untuk dijadikan sebagai modul mata pelajaran RBT dan boleh dijadikan nota ringkas 2 dalam 1, tapi saya tak buat modul sebab modul tak dikira sebagai latihan untuk pemantauan dalam SPSK di sekolah saya. Jadi saya print, fotostat dan tampal dalam buku latihan pelajar. Nak minta pelajar salin akan memakan masa.
Semoga bermanfaat kepada semua. Sharing is caring....
Monday, 23 January 2017
Latih Tubi / Latihan Pengukuhan RBT Tingkatan 1 - 1.1 Dunia Reka Bentuk
بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Perkongsian latihan pengukuhan bagi matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 bagi standard kandungan 1.1 Dunia Reka Bentuk. Semoga bermanfaat kepada semua. Akan dikemaskini dari masa ke semasa. Harap rakan-rakan dapat bersabar.
Sebarang perkongsian/komen untuk penambahbaikkan sila komen diruang yang tersedia. Terima kasih...
Mohon jasa baik rakan-rakan untuk klik iklan nuffnang di atas atau di kanan page ini sebagai tanda sokongan. Terima kasih sekali lagi...
Mohon jasa baik rakan-rakan untuk klik iklan nuffnang di atas atau di kanan page ini sebagai tanda sokongan. Terima kasih sekali lagi...
GAMBAR SISTEM PENCERNAAN & STRUKTUR VILUS
بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Gambar Sistem Pencernaan Manusia dan Struktur Vilus. Semoga bermanfaat untuk semua...
Sunday, 26 June 2016
Mengubah Kebiasaan Menjadi Luar Biasa
بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
PENAFIAN:
ENTRI INI DITULIS HANYA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT DAN PANDANGAN. TIADA UNSUR HASUTAN @ APA SAJA PERKARA NEGATIF.
Tergerak untuk menulis entri ini kerana situasi yang berlaku di depan mata semasa hari terbuka di sekolah.
Situasi 1:
Si ibu mengambil keputusan si anak teruna bongsunya. Ditelitinya keputusan ujian 1 dan setengah tahun si anak. Tiada 'A' hanya 'E' dan 'F' yang tertera dislip peperiksaan.
Si Ibu: Ya Allah dik.... Mana A nya? Apa yang kau belajar nie...? (Sambil tangan si ibu mencubit-cubit lengan peha si anak... mana-mana sahaja la yang dapat dicapainya.)
Si Anak: Tunduk membisu... sesekali menepis tangan si ibu... Tergambar riak malu yang mendalam tika diperlakukan sebegitu, seperti anak kecil dihadapan rakan-rakan sekelas yang lain. Malu...
Aku dapat rasakan perasaan sedih dan malu anak didikku itu... Timbul rasa kasihan... tak perlu aku ceritakan lagi apa yang dikatakan si ibu... Yang penting, tiada kata semangat dalam bicaranya untuk si anak.
Aku cuba "back up" anaknya, dia nie pendiam, baju kemasdan sentiasa bersih dan tiada masalah disiplin (itulah kenyataan sikap baik anaknya). Namun bagi si ibu itu bukan kelebihan...
Situasi 2:
Si ibu mengambil keputusan si anak teruna juga. Anak ke 3 dari 6 adik beradik. Keputusan peperiksaan si anak lebih kurang sama seperti anak di situasi 1 tetapi lebih baik.
Si ibu: Mana A nya nie bang? Tak ada A langsung? Tulah... Mak nak hantar tuition tak nak.
Si anak: Diam.......
Aku: Tapi kalau bandingan keputusannya ada peningkatan sedikit... Sikit lagi nak lulus. Biasanya dalam periksa sebenar akan lulus nie... tapi kene usaha la.
Si ibu: Tengok tu bang... Tengok keputusan awak nie... Malu la mak... Mak dulu pun keputusan tak teruk macam nie. Kalau naik tapi setakat 40, E! Malulah bang.. Nie naik sikit sebab kebetulan kakaknya balik cikgu, kakaknya ajar. Kalau tak... hmmmmmm............
Aku cuba "back up" anaknya tapi macam situasi 1 ibu menafikan kelebihan anaknya. Pada pendapat aku, anaknya pelajar yang baik walaupun lemah dalam pelajaran. Sikapnya baik, menghormati guru dan senang diminta tolong. Ayat paling mudah, guru-guru sayang pelajar seperti ini walaupun lemah dalam pelajaran.
Mungkin jika dibandingkan dengan adik-beradik lain dia paling tidak menyerlah dalam pelajaran kerana aku kenal keluarga ini.
MENCARI DIMANA A NYA?
Mungkin kita telah terbiasa dengan peperiksaan dan keputusannya mestilah A.
Peperiksaan adalah salah satu medium penilaian pencapaian pelajar tapi bukan semua perkara boleh dinilai dengan peperiksaan. Aku tidak menyalahkan si ibu dan juga si anak. Banyak perkara yang dapat dipertimbangkan jika situasi seperti di atas boleh berlaku.
Dipendekkan cerita...
Setiap insan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak dan jangan hanya berpendapat A adalah segala-galanya.
Pandangan dan pemikiran kita perlu mengubah kebiasaan ini menjadi suatu yang luar biasa.
Aku juga dalam proses pengubah diri dari seorang pengajar ke pada seorang pendidik. Amin....
Sekian...
Sunday, 20 March 2016
My ERT Girls : Result
بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Semoga menjadi ingatan yang indah dalam hidupmu anak-anak yang disayangi dan selalui diingati kerana anda semua sangat istimewa. Aku pernah bercerita mengenai anak-anak ERT ku yang sangat istimewa sebelum ini. Aku juga ada berjanji untuk kongsikan markah mereka semasa SPM dan keputusannya seperti berikut....
A- seorang
B seorang
C+ seorang
C seorang
D 4 orang
E 3 orang
G 2 orang
Alhamdulillah melepasi GPMP dengan nilai 6.69, 0.91 lebih baik dari yang ditargetkan iaitu 6.73 cuma peratusnya tidak seperti yang diharapkan. Yang ditargetkan ialah 100% tapi kerana ada 2 orang gagal hanya 84.6% sahaja yang lulus.
Aku bangga dengan mereka. Untuk makluman semua, ada seorang pelajar hanya dapat 1 A- daripada semua subjek yang diambil dalam SPM dan subjek itu adalah matapelajaran yang aku ajar. Dia memang layak untuk itu kerana dia memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya walaupun sekolah jangka dia hanya boleh dapat D.
Apa-apa pun... alhamdulillah.. Aku perlu berusaha lebih keras lagi selepas ini. Insya Allah....
Monday, 15 February 2016
Nota Ringkas dan Padat: Vitamin, Garam Mineral, Air dan Faktor Diet
بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Nota ringkas mengenai sub topik vitamin, garam mineral, air, makanan dan faktor diet.
Anak panah menunjukkan sub topik itu berkaitan di antara satu sama lain. Jadi pelajar perlu bijak untuk mengingati maklumat-maklumat tersebut.
Huruf-huruf yang dihighlightkan atau diwarnakan atau dibesarkan adalah kata kunci atau cara untuk mengingat fakta tersebut.
Contohnya JUSAK,
J-jantina U-umur S-saiz tubuh A-aktiviti K-kumpulan tertentu
p/s:
Jika terdapat kesilapan atau maklumat kurang sila maklumkan diruang komen. Sebarang komen penambah baikan amat dihargai.
Sila share untuk kegunaan bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)








