Klik Saya :-)

Sunday 17 August 2014

AMALI MASAKAN: Hidangan sepinggan lengkap (3 Berlian)

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Sekali sekala pelajar perlu diberi kelonggaran untuk menjalankan aktiviti yang dapat meredakan tekanan (release tension). Jadi pada sesi PDP yang lalu guru memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti amali dengan pengawasan guru tetapi dikelolakan oleh pelajar sendiri.

     Guru hanya menjadi pemerhati dan memberi pandangan terhadap hasil kerja mereka.

Berikut adalah gambar sekitar aktiviti amali masakan untuk hidangan sepinggan lengkap. 








Menu masakan ialah Mee Hoon Tomyam.
Hasil masakan dimakan bersama semasa Majlis Sambutan Hari Raya pada 13 Ogos 2014 yang lalu.
Semua pelajar tingkatan 3 dikumpulkan mengikut kelas masing-masing di Dewan Terbuka.

Gambar sekitar Majlis Sambutan Hari Raya 2014 SMK Sri Tanjung, Benut Pontian.







Guru-guru lain turut merasa hasil masakan pelajar.

 Sekian...

Senarai Semak Bahan Fail Kerja Kursus ERT

 بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Sudah berbulan-bulan blog ini tidak dikemas kini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Syukur dengan izin-Nya hari ini, blog ini dapat juga dikemas kini.

     Sudah pasti ramai guru telah mula menjalankan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Pelbagai aspek dan konstruk perlu dinilai dan dijalankan oleh pelajar dengan pemantauan serta tunjuk ajar guru. Bagi mengelakkan berlakunya keciciran bahan yang sepatutnya ada di dalam fail kerja kursus ERT, saya telah membuat senarai semak bagi memudahkan guru dan juga pelajar.

     Senarai semak bahan fail kerja kursus adalah seperti berikut:

SENARAI SEMAK BAHAN KERJA KURSUS
EKONOMI RUMAH TANGGA
PERKARA
ADA
TIADA
1.     Plan Tindakan Perlaksanaan Kerja Kursus


2.     Rekod Penyerahan


3.     Konstruk & Aspek yang Ditaksir


4.     KONSTRUK
1.     KEMAHIRAN AMALI
1.1.   Mengambil Ukuran Badan
-          Laporan Aktiviti
-          Borang Mengambil Ukuran Badan
1.2.   Menghasilkan Pola
-          Laporan Aktiviti
-          Pola Skrit & Blaus
1.3.   Menggunting Fabrik
-          Laporan Aktiviti
1.4.   Menjahit Kelim/Kelepet/Kancing
-          Laporan Aktiviti   =   menjahit kelim
  =   menjahit kelepet
  =   menjahit kancing
1.5.   Menjahit Garis Leher/Lengan
-          Laporan Aktiviti   =   menjahit garis leher
  =   menjahit lengan padanan rata
1.6.   Menjahit Penghilang Gelembung/Belah
-                                                                Laporan Aktiviti   =   menjahit lisu pemadan (penghilang gelembung)
  =   menjahit belah zip
2.     KEMAHIRAN KOMUNIKASI
2.1.   Menyediarekod kerja jahitan
-          Laporan aktiviti
-          Contoh fabrik yang digunakan
-          Stail ciri pakaian
-          Pandangan hadapan dan belakang pakaian
-          Cara menyusun pola di atas fabrik (2 gambar)
-          Langkah menjahit
-          Proses menjahit
-          Kelim belah kangkung
-          Belah slit berlapik
-          Proses menyedia kelepet melengkung
-          Lengan padanan rata
-          Lisu pemadan cengkung
-          Belah berzip
-          Proses mengemas zip
-          Menyedia kelepet lurus
-          Menjahit cangkuk dan palang
2.2.   Menyampai maklumat secara lisan
-          Laporan aktiviti
3.     KEMAHIRAN MENGORGANISASI
3.1.   Merancang Kerja Amali Masakan
-          Laporan aktiviti (minum teh & kaedah memasak)
-          Borang perancangan menu
-          Borang bahan basah, bahan kering
-          Pengiraan kos
-          Borang susunan kerja
3.2.   Melaksana Kerja Amali Masakan
-          Laporan aktiviti
3.3.   Menghidang
-          Laporan aktiviti
4.     KEMAHIRAN KUANTITATIF
4.1.   Mengira Kos (Projek Jahitan)
-          Laporan Aktiviti
-          Pengiraan kos bahan, upah, sampingan dan kos projek
4.2.   Mengira Nilai Tenaga
-          Laporan Aktiviti
-          Pengiraan nilai tenaga
5.     KEMAHIRAN MENGGUNA TEKNOLOGI
5.1.   Mengguna Alat Penjimat Masa
-          Laporan Aktiviti
5.2.   Menjaga Alat Penjimat Masa
-          Laporan Aktiviti
-          Penjagaan Alat Penjimat Masa





     Semoga bahan ini dapat membantu guru dan juga pelajar dalam menyediakan fail kerja kursus yang lengkap dan teratur dari segi susunan dan pelaksanaannya.