Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
PENAFIAN:
ENTRI INI DITULIS HANYA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT DAN PANDANGAN. TIADA UNSUR HASUTAN @ APA SAJA PERKARA NEGATIF.
Tergerak untuk menulis entri ini kerana situasi yang berlaku di depan mata semasa hari terbuka di sekolah.
Situasi 1:
Si ibu mengambil keputusan si anak teruna bongsunya. Ditelitinya keputusan ujian 1 dan setengah tahun si anak. Tiada 'A' hanya 'E' dan 'F' yang tertera dislip peperiksaan.
Si Ibu: Ya Allah dik.... Mana A nya? Apa yang kau belajar nie...? (Sambil tangan si ibu mencubit-cubit lengan peha si anak... mana-mana sahaja la yang dapat dicapainya.)
Si Anak: Tunduk membisu... sesekali menepis tangan si ibu... Tergambar riak malu yang mendalam tika diperlakukan sebegitu, seperti anak kecil dihadapan rakan-rakan sekelas yang lain. Malu...
Aku dapat rasakan perasaan sedih dan malu anak didikku itu... Timbul rasa kasihan... tak perlu aku ceritakan lagi apa yang dikatakan si ibu... Yang penting, tiada kata semangat dalam bicaranya untuk si anak.
Aku cuba "back up" anaknya, dia nie pendiam, baju kemasdan sentiasa bersih dan tiada masalah disiplin (itulah kenyataan sikap baik anaknya). Namun bagi si ibu itu bukan kelebihan...
Situasi 2:
Si ibu mengambil keputusan si anak teruna juga. Anak ke 3 dari 6 adik beradik. Keputusan peperiksaan si anak lebih kurang sama seperti anak di situasi 1 tetapi lebih baik.
Si ibu: Mana A nya nie bang? Tak ada A langsung? Tulah... Mak nak hantar tuition tak nak.
Si anak: Diam.......
Aku: Tapi kalau bandingan keputusannya ada peningkatan sedikit... Sikit lagi nak lulus. Biasanya dalam periksa sebenar akan lulus nie... tapi kene usaha la.
Si ibu: Tengok tu bang... Tengok keputusan awak nie... Malu la mak... Mak dulu pun keputusan tak teruk macam nie. Kalau naik tapi setakat 40, E! Malulah bang.. Nie naik sikit sebab kebetulan kakaknya balik cikgu, kakaknya ajar. Kalau tak... hmmmmmm............
Aku cuba "back up" anaknya tapi macam situasi 1 ibu menafikan kelebihan anaknya. Pada pendapat aku, anaknya pelajar yang baik walaupun lemah dalam pelajaran. Sikapnya baik, menghormati guru dan senang diminta tolong. Ayat paling mudah, guru-guru sayang pelajar seperti ini walaupun lemah dalam pelajaran.
Mungkin jika dibandingkan dengan adik-beradik lain dia paling tidak menyerlah dalam pelajaran kerana aku kenal keluarga ini.
MENCARI DIMANA A NYA?
Mungkin kita telah terbiasa dengan peperiksaan dan keputusannya mestilah A.
Peperiksaan adalah salah satu medium penilaian pencapaian pelajar tapi bukan semua perkara boleh dinilai dengan peperiksaan. Aku tidak menyalahkan si ibu dan juga si anak. Banyak perkara yang dapat dipertimbangkan jika situasi seperti di atas boleh berlaku.
Dipendekkan cerita...
Setiap insan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak dan jangan hanya berpendapat A adalah segala-galanya.
Pandangan dan pemikiran kita perlu mengubah kebiasaan ini menjadi suatu yang luar biasa.
Aku juga dalam proses pengubah diri dari seorang pengajar ke pada seorang pendidik. Amin....
Sekian...
No comments:
Post a Comment