Klik Saya :-)

Sunday, 26 June 2016

Mengubah Kebiasaan Menjadi Luar Biasa

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

PENAFIAN:
ENTRI INI DITULIS HANYA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT DAN PANDANGAN. TIADA UNSUR HASUTAN @ APA SAJA PERKARA NEGATIF.

Tergerak untuk menulis entri ini kerana situasi yang berlaku di depan mata semasa hari terbuka di sekolah.

Situasi 1:
Si ibu mengambil keputusan si anak teruna bongsunya. Ditelitinya keputusan ujian 1 dan setengah tahun si anak. Tiada 'A' hanya 'E' dan 'F' yang tertera dislip peperiksaan.

Si Ibu: Ya Allah dik.... Mana A nya? Apa yang kau belajar nie...? (Sambil tangan si ibu mencubit-cubit lengan peha si anak... mana-mana sahaja la yang dapat dicapainya.)

Si Anak: Tunduk membisu... sesekali menepis tangan si ibu... Tergambar riak malu yang mendalam tika diperlakukan sebegitu, seperti anak kecil dihadapan rakan-rakan sekelas yang lain. Malu...

Aku dapat rasakan perasaan sedih dan malu anak didikku itu... Timbul rasa kasihan... tak perlu aku ceritakan lagi apa yang dikatakan si ibu... Yang penting, tiada kata semangat dalam bicaranya untuk si anak.

Aku cuba "back up" anaknya, dia nie pendiam, baju kemasdan sentiasa bersih dan tiada masalah disiplin (itulah kenyataan sikap baik anaknya). Namun bagi si ibu itu bukan kelebihan...


Situasi 2:
Si ibu mengambil keputusan si anak teruna juga. Anak ke 3 dari 6 adik beradik. Keputusan peperiksaan si anak lebih kurang sama seperti anak di situasi 1 tetapi lebih baik.

Si ibu: Mana A nya nie bang? Tak ada A langsung? Tulah... Mak nak hantar tuition tak nak. 

Si anak: Diam.......

Aku: Tapi kalau bandingan keputusannya ada peningkatan sedikit... Sikit lagi nak lulus. Biasanya dalam periksa sebenar akan lulus nie... tapi kene usaha la.

Si ibu: Tengok tu bang... Tengok keputusan awak nie... Malu la mak... Mak dulu pun keputusan tak teruk macam nie. Kalau naik tapi setakat 40, E! Malulah bang.. Nie naik sikit sebab kebetulan kakaknya balik cikgu, kakaknya ajar. Kalau tak... hmmmmmm............

Aku cuba "back up" anaknya tapi macam situasi 1 ibu menafikan kelebihan anaknya. Pada pendapat aku, anaknya pelajar yang baik walaupun lemah dalam pelajaran. Sikapnya baik, menghormati guru dan senang diminta tolong. Ayat paling mudah, guru-guru sayang pelajar seperti ini walaupun lemah dalam pelajaran.

Mungkin jika dibandingkan dengan adik-beradik lain dia paling tidak menyerlah dalam pelajaran kerana aku kenal keluarga ini.


MENCARI DIMANA A NYA?
Mungkin kita telah terbiasa dengan peperiksaan dan keputusannya mestilah A.

Peperiksaan adalah salah satu medium penilaian pencapaian pelajar tapi bukan semua perkara boleh dinilai dengan peperiksaan. Aku tidak menyalahkan si ibu dan juga si anak. Banyak perkara yang dapat dipertimbangkan jika situasi seperti di atas boleh berlaku.

Dipendekkan cerita...

Setiap insan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak dan jangan hanya berpendapat A adalah segala-galanya.
Pandangan dan pemikiran kita perlu mengubah kebiasaan ini menjadi suatu yang luar biasa.

Aku juga dalam proses pengubah diri dari seorang pengajar ke pada seorang pendidik. Amin....

Sekian...

Sunday, 20 March 2016

My ERT Girls : Result

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Semoga menjadi ingatan yang indah dalam hidupmu anak-anak yang disayangi dan selalui diingati kerana anda semua sangat istimewa. Aku pernah bercerita mengenai anak-anak ERT ku yang sangat istimewa sebelum ini. Aku juga ada berjanji untuk kongsikan markah mereka semasa SPM dan keputusannya seperti berikut....

A-   seorang
B    seorang
C+  seorang
C    seorang
D    4 orang
E    3 orang
G    2 orang

     Alhamdulillah melepasi GPMP dengan nilai 6.69, 0.91 lebih baik dari yang ditargetkan iaitu 6.73 cuma peratusnya tidak seperti yang diharapkan. Yang ditargetkan ialah 100% tapi kerana ada 2 orang gagal hanya 84.6% sahaja yang lulus.

    Aku bangga dengan mereka. Untuk makluman semua, ada seorang pelajar hanya dapat 1 A- daripada semua subjek yang diambil dalam SPM dan subjek itu adalah matapelajaran yang aku ajar. Dia memang layak untuk itu kerana dia memang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya walaupun sekolah jangka dia hanya boleh dapat D.

    Apa-apa pun... alhamdulillah.. Aku perlu berusaha lebih keras lagi selepas ini. Insya Allah.... 

Monday, 15 February 2016

Nota Ringkas dan Padat: Vitamin, Garam Mineral, Air dan Faktor Diet

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Nota ringkas mengenai sub topik vitamin, garam mineral, air, makanan dan faktor diet.

    Anak panah menunjukkan sub topik itu berkaitan di antara satu sama lain. Jadi pelajar perlu bijak untuk mengingati maklumat-maklumat tersebut.

    Huruf-huruf yang dihighlightkan atau diwarnakan atau dibesarkan adalah kata kunci atau cara untuk mengingat fakta tersebut. 

Contohnya JUSAK,
J-jantina     U-umur     S-saiz tubuh     A-aktiviti     K-kumpulan tertentu


p/s:
Jika terdapat kesilapan atau maklumat kurang sila maklumkan diruang komen. Sebarang komen penambah baikan amat dihargai.
Sila share untuk kegunaan bersama.

Nota Ringkas dan Padat: Karbohidrat, Protein & Lemak

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Nota ringkas dan padat bagi karbohidrat, protein dan lemak. Mengandungi ringkasan mengenai jenis-jenis, fungsi utama, unsur dan hasil pencernaan bagi 3 nutrien di atas.
p/s:
Jika terdapat kesilapan atau maklumat kurang sila maklumkan diruang komen. Sebarang komen penambah baikan amat dihargai.
Sila share untuk kegunaan bersama.

My ERT Girls - 1st Batch


بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ini adalah penulisan tidak ilmiah. Sekadar untuk berkongsi rasa dan pengalaman yang terbuku setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Kering idea untuk mengemaskini blog kerana terlalu lama ditinggalkan. Semoga post ini membawa kepada penulisan yang lebih bermanfaat kepada semua rakan-rakan yang memerlukan.

     Mereka adalah anak-anak pertama yang belajar ERT bersama aku. Sebenarnya aku juga sama-sama belajar bersama mereka kerana aku bukanlah opsyen ERT. Atas arahan pihak atasan aku mengajar subjek ini.

     Mereka ini sangat istimewa dimata dan dihati. Ibarat menyayangi anak sulung yang istimewa dan pertama...Tinggal 13 orang semuanya ketika meneruskan perjuangan akhir di bangku sekolah. Asalnya kalau tidak silap aku lebih kurang 19 orang. Seorang berhenti semasa tingkatan 4. 4 orang putuskan untuk tidak mengambil ERT dan seorang lagi berhenti ketika di tingkatan 5.

     Kenapa mereka istimewa?

     Untuk pengetahuan semua di sekolah aku, pelajar yang mengambil mata pelajaran ERT adalah pelajar yang bermasalah dan kelas paling belakang. MALAS belajar, MALAS datang sekolah, PONTENG, TIDUR dalam kelas, MASALAH DISIPLIN, MASALAH KELUARGA dan segala jenis masalah dibawa mereka TAPI TAK SEMUA.

Namun

     Alhamdulillah... masih ada penyejuk hati dalam kalangan mereka.

     Mengajar mereka adalah pengalaman yang amat berharga.. Mengajar dengan penuh kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan pelbagai perasaan dilalui untuk memastikan mereka minat dan mahu belajar. Diakhirnya aku rasa puas mengajar mereka kerana aku telah sehabis daya dan memberikan yang terbaik.

    Nampak perubahan... dan itu amat aku syukuri... Sebelum peperiksaan nampak diwajah mereka untuk mencuba sedaya upaya... Semoga keputusan SPM yang akan keluar tidak lama lagi memberi keputusan yang baik.

Membaca surah Yassin sebelum masuk ke dewan peperiksaan.. 
     Aku yakin dalam kalangan mereka pasti ada yang menyinar dan aku yakin keputusan matapelajaran ERT tahun 2015 akan meningkat dengan izin-NYA. Amin....